Sunday, February 24, 2013

~Tips memilih bridal~

Assalamualaikum.

Aku xde lar survey banyak bridal, tapi untuk pengalaman yang lepas-lepas, aku ada sedikit pengalaman yang patut kongsi serba sedikit dengan korang.

Kalo nak pilih bridal tu, korang kena pastikan:

1. Bridal yang korang ambik tu berdekatan dengan rumah korang, supaya nanti xde masalah juru make up lambat sampai. Yang paling penting, xde cas tambahan untuk pengangkutan.

2. Biar bridal tu ada pakej-pakej yang menarik. Biar rasa berbaloi kalo ambik pakej die, macam murah ker,  jurugambar bagus dan juru make up pun ok.

3. Bridal tu juga mesti lah yang dah berpengalaman menguruskan majlis. Kalo bridal tu baru buka pun, xpe, yang penting, dia boleh uruskan majlis dengan baik.

4. Biar urusan korang dengan perunding tu smooth jer, dalam kata lain mudah berurusan, baru lar jiwa korang sentiasa tenang menjelang hari bahagia. Xpayah nak bertegang urat nak wat pilihan dop.. 

Nasib baik aku dapat bridal yang baik hati yang boleh layan kerenah aku nih.. Yang penting aku berpuas hati.



Terima kasih sudi baca, sayang kamooo..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...