Wednesday, September 26, 2012

~Check lists perkahwinan~


Assalamualaikum


Alhamdulillah.. Dah nak kawin dah aku..Berkat doa aku dan kawan-kawan aku.
Kat sini aku buat check list supaya senang nanti untuk aku semak.



Check list 6 bulan sebelum
1. Ambik Vaksin HPV, kalo ambik lagi awal, lagi bagus. -done!
(tempoh untuk 3dose -/+ 6 month)



Check list 5 Bulan sebelum ( September 2012)
1. Survey Bridal -done!
2. Survey barang hantaran- done!

3. Survey barang-barang untuk goody bag.-done!
4. Survey kad kahwin-done!

Check list 4 bulan sebelum. (Oktober 2012)
1. Dicide warna tema, konsep pelamin- done!
2. Booking bridal, baju -done!
3. Booking photographer -done!
4. Beli barang hantaran- done!
5. Beli barang-barang untuk goody bag- done!
6. Tempah cincin- done!

Check list 3 bulan sebelum (November 2012)
1. Daftar kursus kawin my fiance -done!
2. Ambik borang kahwin -done!
3. Buat ujian screening HIV -done!
4. Booking kanopi, buffet, kawah (orang kampung masak) -done!
5. Beli tudung nikah, sanding, outdoor, sambut menantu. -done!

Check list 2 bulan sebelum (Disember 2012)
1. Siapkan borang permohonan kahwin 2 pihak.-done!
2. Pastikan nama jurunikah dan saksi-saksi.-done!
3. Hantar borang permohonan nikah bersama-sama gambar berlatar belakang biru.-done!
4. Tempah kad kahwin-done!
5. Tempah stamp pad -done!
6. Siapkan signage, tag, label-done!
7. Siapkan DIY paper bag -done!
8. Survey rumah selepas kahwin and booking-done!
9. Tempah kek-done!
10. Siapkan baju gewang
11. Beli kelengkapan rumah-tilam, cadar -done!
12. Beli barang-barang keperluan lain seperti inai, jarum peniti, dll.-done!

Check list 1 bulan sebelum (Januari 2013)
1. Follow up dengan bridal dan photographer-done!
2. Kemaskan bilik, rumah-done!
3. Apply cuti about 3 weeks (outdoor, solemnazation, reception,smbut menantu, honeymoon)-done!
4. Pergi Spa untuk facial muka, mandi susu and so on.-done!
5. Beli barang untuk goody bag (baki)-done!
6. Edarkan kad kahwin dan jemput rakan-rakan Fb. -done!
7. Ambik acid folic.

Check list 1 minggu sebelum
1. Bahagi tugas kepada family.-done!
2. Siapkan goody bag,-done!
3. Siapkan barang keperluan semasa akad nikah-duit, gambar-done!
4. Siapkan guest book corner-done!
5. Siapkan buku guest book- done!
6. Tempah banting-done!

Check list 3 hari sebelum
1. Pakai inai-done!
2. Make sure, baju dan segala kelengkapan dah ada-done!
3. Ready for The Big Day- Alhamdulillah..

Harap check lists di atas boleh membantu korang juga.


Terima kasih sudi baca, sayang kamooo..

0 jejak:

Post a Comment

Si dia yang cool berkata-kata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...